Pantang #1 – Nak mulakan perniagaan, kenalah ada lesen! Kredit: furillendotorg.com Ini adalah satu kemestian! Pastikan anda mengikuti semua prosedur dan lakukan semua permohonan yang diperlukan sebelum memulakan perniagaan. Walaupun anda tidak mengendalikan restoran, kertas kerja yang diperlukan untuk memulakan food truck tak kurang banyaknya! Tentunya anda mahu jalankan perniagaan secara sah di sisi undang-undang, jadi pastikan semuanya teratur. Jika anda berniaga food truck di sebuah bandar, pastikan anda tahu segala peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan food truck. Kemungkinan ianya berlainan dari bandar lain. ![]() Bukan mudah nak sediakan kertas kerja kalau tidak ada maklumat yang betul. Siapa perlu kertas kerja rancangan perniagaan Macam yang saya katakan kat atas tadi, biasanya mereka yang perlu sediakan kertas kerja rancangan perniagaan adalah yang nak jadi usahawan tapi tak ada modal untuk laksanakan perniagaan mereka. Jika anda bercadang untuk berniaga di bandar lain, selidiklah terlebih dahulu peraturan di bandar tersebut. Secara amnya, anda memerlukan: • Lesen berniaga • Pemeriksaan dari jabatan kesihatan • Permit untuk menjalankan perniagaan • Insurans • Pengesahan cukai Petua #2 – Hanya lakukan yang terbaik Kredit: assets.nylon.com Walaupun perniagaan food truck di Malaysia merupakan satu fenomena baru, perniagaan jenis ini menjadi kian popular dan meraih perhatian ramai. Food truck kini boleh didapati merata tempat terutama di ibu kota Kuala Lumpur. Semakin banyak food truck, semakin hebat lah persaingan! Oleh itu, hanya tawarkan yang terbaik bagi pelanggan anda. ![]() Makanan yang dijual perlulah menggunakan bahan-bahan yang segar. Tak salah jika anda juga menghebah kepada pelanggan tentang bahan-bahan yang anda gunakan. Contohnya, anda boleh meletakkan papan tanda di food truck anda yang memberitahu pelanggan bahawa anda hanya menggunakan bahan-bahan organik atau bahan-bahan segar dalam masakkan anda yang datang dari kebun anda sendiri! Sudah tentu pelanggan lebih tertarik. Interfata windows xp in limba romana torrent download. Pastikan juga yang anda menjual makanan yang enak dan sukar ditandingi food truck lain. Pantang #3 – Jangan kedekut! Kredit: msicollege.com Kebanyakan peniaga yang memulakan food truck pernah bekerja sebagai cef atau tukang masak. Mungkin ada yang kurang berpengalaman tetapi majoritinya sanggup untuk mengeluarkan wang membeli trak, perkakas, bahan mentah kerana mereka mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang masakan. Jika sanggup berbelanja sedemikian untuk food truck, jangan pula kedekut atau lokek dengan pelanggan! Para pelanggan mengharapkan makanan yang enak menggunakan bahan-bahan berkualiti yang secukupnya. Jika anda menawarkan makanan yang tidak berkualiti, banyak lagi food truck di luar sana yang boleh menarik pelanggan anda. Jadi, jika anda terlalu kedekut dalam penggunaan bahan-bahan mentah dalam masakan anda, pelanggan tentunya akan memilih food truck lain. Petua #4 – Dengarlah kata-kata pelanggan anda Kredit: cdn.meme.am Jika anda pemilik food truck, anda tentunya berkesempatan untuk berbual dengan pelanggan yang datang membeli makanan anda. Ini adalah peluang terbaik anda melakukan penyelidikan tentang kehendak pelanggan. Jangan lepaskan peluang ini!
0 Comments
Leave a Reply. |